On 23rd Mar 2010, we organised a special workshop for training and motivating ASPRG members. Included here is a report prepared by Arpah.
TEMPAT: BILIK SEMINAR IBN AL-HAYTHAM, LEVEL 8, FKE.
OBJEKTIF
Objektif kursus RESEARCH CREATIVITY WORKSHOP telah tercapai dengan jayanya iaitu untuk memberi pendedahan bahawa kreativiti adalah pemangkin dalam melakukan kerja-kerja penyelidikan. Harapannya agar workshop ini akan memberi idea kepada para pelajar untuk menjadi lebih kreatif agar dapat meyiapkan kerja-kerja penyelidikan mereka dalam masa yang yang telah ditetapkan.
Penyampai iaitu Prof. Dr. Mohd. Nasir bin Taib telah berkongsi pengalaman beliau sendiri dalam mencapai kejayaan sehinga berjaya mendapat PhD dalam masa 3 tahun. Selain itu beliau juga memperkenalkan strategi-strategi kreatif daripada ramai pakar-pakar motivasi yang mempunyai kejayaan tersendiri seperti Jim Rohn, Anthony Robin and Bob Proctor. Dan yang paling menarik ialah, Prof telah membawa kami sama-sama menonton filem bertajuk Peaceful Warrior. Sebelum menonton kami telah diberikan slide mengandungi kata-kata motivasi bagaimana untuk mencapai kejayaan walaupun pelbagai rintangan yang ada. Filem ini amat berkesan kerana ia memberi contoh yang jelas dan menarik untuk memempuh rintangan dalam apa saja yang kita lakukan.
RESPON PESERTA
Seramai 30 orang peserta telah hadir (termasuk Prof). Peserta amat berpuas hati dan gembira sekali kerana mendapat pendedahan yang begitu berharga. Kepuasan hati peserta dibuktikan dengan minat untuk menghadiri lagi program seumpama ini.
| Creativity creates ... |
| Listening creatively |
| Our traditional creativeness |
| Now .. we are overwhelmed with creativity |
| This is the most creative part |
| Some of the very creative participants |